Anak konglomerat tawan hati Lisa?

BIARPUN pernah terjebak gosip percintaan bersama penyanyi G-dragon, kini nama Lisa Blackpink kembali panas apabila dikatakan menjalin hubungan dengan anak konglomerat.

Difahamkan lelaki dimaksudkan Frederic Arnault iaitu anak kepada pemilik syarikat fesyen gergasi LVMH.

Frederic juga merupakan Ketua Pegawai Ekskutif syarikat jenama jam mewah, TAG Heuer.

Bagaimanapun, ada peminat hampir tidak percaya bahawa pelantun lagu Money itu bercinta dengan anak individu terkaya di dunia.

Gosip percintaan mereka muncul apabila Lisa dan Frederic dilihat berdua-duaan di Paris baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok