Album solo Jimin ‘meletup’

ALBUM debut solo anggota kumpulan BTS, Jimin berjudul Face berjaya meraih 772 juta penstriman dalam Spotify.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Face sebagai album penyanyi K-Pop paling banyak distrim oleh pendengar dalam sejarah platform tersebut.

Rekod itu dicapai dalam tempoh 110 hari sahaja. Bahkan setakat ini Spotify memaklumkan, diskografi itu kini telah pun melepasi 793 juta jumlah penstriman.

Itu cukup kuat untuk membuktikan Jimin sebagai seorang penyanyi solo yang berpengaruh meskipun baru sahaja memulakan kerjaya solonya sekitar empat bulan lalu.

Kualiti vokal Jimin yang memukau disokong melodi dan lirik indah membuatkan pendengar ibarat terus terpaku dengan karya solonya itu.

Sehubungan itu, Jimin sentiasa memecahkan rekod penstriman berjuta-juta disebabkan sokongan tidak berbelah bahagi peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok