AKMU kembali selepas dua tahun menyepi

SEJAK menyepi hampir dua tahun sebagai kumpulan duo, AKMU kini dalam proses membuat kemunculan semula.

Mereka merancang melancarkan lagu baharu pada akhir Ogos ini selepas kali terakhir muncul dengan album Next Episode pada Julai 2021.

Sepanjang tempoh berehat, seorang anggotanya iaitu Chanhyuk mengambil peluang menerbitkan album berjudul Error yang merupakan debutnya sebagai penyanyi solo selepas lapan tahun bergiat dalam industri seni.

Seorang lagi anggota iaitu Suhyun, sebaliknya mempamerkan kemahiran vokal melalui lagu runut untuk drama My Liberation Notes dan Curtain Call selain menjadi pengacara rancangan hiburan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok