Ahn Bo-hyun susut 8kg

DEMI dedikasi terhadap watak dalam drama See You In My 19th Life, pelakon Ahn Bo-hyun mengambil inisiatif menurunkan berat badan.

Selain diet dan rutin senaman, Bo-hyun turut mengubah beberapa ciri fizikal selaras dengan karakter dalam drama romantik berkenaan.

Oleh kerana projek ini mempunyai persamaan dengan versi asal webtoon, saya kena utamakan watak.

“Saya cuba memahami watak Mun Seo-ha yang mempunyai sifat dan emosi istimewa.

“Watak itu juga mempunyai imej yang kuat, jadi saya ingin tunjukkan turunkan lapan kilogram dan mengubah gaya rambut serta ciri fizikal lain,” katanya dalam satu temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok