Abdullah Abbas nama putera kedua, moga jadi pendakwah – Neelofa

NEELOFA dan suami, Muhammad Haris Mohd. Ismail menamakan putera kedua mereka Abdullah Abbas selepas seminggu dilahirkan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Neelofa menjelaskan nama itu dipilih selepas dia dan Haris merujuk hadis baginda Rasulullah SAW.

“Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

“Nama putera kesayangan kedua kami adalah Abdullah Abbas.

Nama yang paling disukai Allah antaranya ialah Abdullah, maka permulaan namanya (anak kedua) adalah Abdullah.

“Manakala Abbas pula, nabi sendiri pernah doakan,” katanya yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Neelofa berharap putera keduanya itu dapat menyebarkan dakwah ke seluruh alam.

Jadi, harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas juga dipilih Allah menjadi Dai’ yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Personaliti popular itu melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 11 Julai lalu.

Rumah tangga PU Riz dan Neelofa yang dibina pada 27 Mac 2021 sebelum ini diserikan dengan kehadiran Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok