Tenaga rock Bunkface sedia gegarkan Borneo

KUMPULAN rock ternama, Bunkface, akan menggegarkan Borneo dengan sebuah persembahan terhebat Bunkface Rock In Borneo menjelang 19 Julai 2023 di dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Kota Kinabalu, Sabah.

Bunkface, yang diiktiraf dengan lagu-lagu popular seperti, Situasi, Revolusi, dan Panik, telah mencipta nama dalam dunia muzik rock tempatan. Mereka dikenali dengan persembahan yang penuh energi dan mengasyikkan.

Konsert Bunkface Rock In Borneo di KDCA dijangka menjadi malam yang tidak akan terlupakan buat peminat setia mereka di seluruh Borneo.

Acara berkenaan juga menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan dengan sistem bunyi yang menggoncang emosi rock di seluruh gelanggang.

Kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo, atas permintaan peminat dan sokongan
daripada MYCREATIVE VENTURES Sdn. Bhd mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah
memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023 kepada syarikat kami, kami dapat
menghadiahkan sebuah konsert kepada peminat di Borneo, terutamanya Sabah”, kata Sam selaku vokalis Bunkface.

Sementara itu, Youk pula berharap kembara Borneo Bunkface mampu berterusan ke daerah lain, bukan hanya di Kota Kinabalu, Sabah.

TIKET konsert Bunkface di Kota Kinabalau sudah dijual sejak 11 Jun lalu.

“Kami juga berharap koncert ini dapat dilanjutkan lagi di daerah daerah lain sekitar kepulauan ini,” tambah Youk.

Peminat boleh menjangka persembahan luar biasa daripada Bunkface, dengan setlist yang memuatkan lagu-
lagu popular dan muzik berkualiV Vnggi. Konsert ini adalah peluang unik untuk menyaksikan kecergasan dan semangat rock sebenar yang ditawarkan oleh Bunkface.

Tiket konsert Bunkface Rock In Borneo telah mula dijual pada 11 Jun menerusi tapau1x.tapau.asia . Harga tiket
bermula daripada RM88 untuk CAT 1 – Panik , RM128 untuk CAT 2- Revolusi dan RM158 untuk CAT 3 – Situasi.

Peminat dijemput untuk mendapatkan  tiket secara awal untuk memastikan  tempat pada malam
yang mendebarkan nanti. Maklumat lanjut mengenai konsert Bunkface Rock In Borneo boleh didapat menerusi laman web, www.bunkface.my. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok