Tanpa kapsyen, Ira Kazar muat naik foto Syamsul

Selepas sekian lama berdiam diri, isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar hari ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto suaminya dalam InstaStorynya.

Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin dalam perkongsian tersebut memuat naik foto yang sebelum ini dimuat naik Syamsul dalam Instagramnya.

Anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya menggunakan lagu Nasty nyanyian Tyga dan Chris Brown sebagai muzik latar.

Difahamkan, itu merupakan perkongsian pertama dia memuat naik wajah Syamsul sejak suaminya disahkan bercerai dengan Sarah pada 14 Jun lalu.

Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.

Rentetan daripada itu, Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi minggu lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok