Taeyeon tunjuk protes

DEMI menuntut keadilan, penyanyi Taeyeon tidak lagi mengikuti Instagram rasmi yang dikendalikan pengurusannya iaitu SM Entertainment.

Tindakan tersebut dibuat selepas mengakhiri konsert solonya di Taipei pada 24 Jun lalu memandangkan layanan yang diberikan oleh SM Entertainment tidak sama seperti kumpulan Aespa.

Pihak SM Entertainment aktif memuat naik status dalam Instagram rasmi Aespa, manakala media sosial Taeyeon ditinggalkan sepi tanpa sebarang hantaran.

Peminat turut melakukan protes sama bagi menuntut kebajikan dan layanan adil kepada Taeyeon.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok