Syifa Melvin akhirnya tayang ‘baby bump’

Tiada lagi rahsia, pelakon juga usahawan popular, Syifa Melvin akhirnya berkongsi foto menunjukkan ‘baby bump’ yang sudah berusia enam bulan.

Menerusi Instagramnya hari ini, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 30, meluahkan kesyukuran, doanya untuk memiliki zuriat dimakbulkan Tuhan.

“Tidak lama lagi kami yang menanti zuriat daripada Allah SWT akan mendapatkannya.

“Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa,” kata adik kepada aktres Syatilla Melvin itu dalam hantaran tersebut.

Isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid juga berharap, orang ramai dapat menitipkan doa buat dirinya agar diberikan kemudahan bagi semua urusan.

“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini.

“Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Selamat hari raya Aidiladha daripada kami dua setengah (bayi dalam kandungan),” ujarnya.

Terdahulu, Safawi menerusi satu sesi temu bual pada 15 Jun lalu mendedahkan isterinya sedang hamil dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton, di sini. – HIB GLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok