Peminat Aina Abdul dan Ernie Zakri berperang

SETIAP kali Diva buka Twitter, pasti ada sahaja cerita peminat dua penyanyi terkenal, Ernie Zakri dan Aina Abdul berbalah.

Bukan sahaja berbalah mempertahankan artis kesayangan mereka tetapi mereka turut memerli antara satu sama lain.

Paling ketara apabila ada pihak mendakwa peminat Aina memerli Ernie berkaitan pengundian apabila pelantun lagu Ku Bersuara itu berjaya tercalon dalam kategori sama bagi sebuah acara anugerah yang bakal berlangsung Julai depan.

Alahai, tidak profesional langsung perangai suka memerli, membanding-bandingkan dan mempertikai kelayakan penyanyi lain.

Kalau boleh, bersainglah secara sihat dan hentikan perseteruan tersebut. Tidak mendatangkan faedah pun.
Artis tak bergaduh, peminat pula yang lebih-lebih. Sudah-sudahlah ya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok