Misi kebajikan Lee Suk-hoon

Anggota kumpulan SG Wannabe, Lee Suk Hoon terkenal sebagai seorang yang dermawan. Kali ini dia bermurah hati menyumbangkan pelbagai produk penjagaan kanak-kanak ke sebuah pusat penjagaan bayi.

Perkara tersebut didedahkan agensinya, C9 Entertainment yang menyatakan penyanyi tampan itu menyumbangkan lampin dan kain lap basah kepada pihak Dream Village Yondu Dream Center.

Menariknya, semua produk sumbangan adalah daripada jenama Super Dad keluaran syarikat yang mengangkatnya sebagai duta.

Suk Hoon dan penajanya juga merancang meneruskan aktiviti amal dan kebajikan secara aktif ke tempat-tempat yang memerlukan pada masa hadapan.

Ini bukan kali pertama Suk Hoon melakukan kerja amal sebegini. Dia pernah mendermakan semua hasil keuntungan daripada lagu ciptaannya, It Was You, yang ditulis untuk anaknya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok