Minhyuk tayang badan, peminat ‘gila’

SEMASA Water Bomb Festival baru-baru ini, penyanyi Minhyuk menjadi bualan hangat apabila dilihat mempamerkan badan kekarnya kepada khalayak.
Ahli kumpulan BTOB itu dilihat menanggalkan bajunya yang basah semasa festival muzik musim panas itu berlangsung.
Selepas festival, peminat mula memuat naik foto dan videonya dan berdebat tentang kesempurnaan fizikal penyanyi lelaki itu. Meskipun ini bukan kali pertama Minhyuk bertindak ‘belanja’ tubuh, tetapi peminat seperti dirasuk melihat aset maskulinnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok