Lisa Blackpink, Taeyong hangat bercinta?

BIARPUN spekulasi dan bukti-bukti percintaan antara Lisa dan Taeyong kini sedang bertebaran, banyak peminat tampil menafikan khabar angin tersebut.
Spekulasi percintaan mereka mula timbul apabila netizen menyedari kebanyakan foto Lisa dan Taeyong melawat tempat sama semasa mereka berada di Perancis.
Lebih menguatkan spekulasi apabila penyanyi kumpulan Blackpink dan NCT itu menggayakan pakaian dan aksesori sedondon.
Bagaimanapun, kemungkinan persamaan mereka terjadi secara kebetulan kerena kedua-dua selebriti itu ditaja oleh jenama fesyen, Celine.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok