Lamborghini Syamsul berasap, netizen tanya pasal Ira

PETALING JAYA – Bukan kerana kemelut rumah tangga, nama pengarah terkenal Syamsul Yusof sekali lagi menjadi bualan hangat netizen malam tadi apabila kereta mewahnya jenis Lamborghini didakwa ‘berasap’ dipercayai berlaku di ibu negara semalam.

Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @cmfavorite itu memaparkan Syamsul yang juga seorang pelakon tenang memerhati keadaan keretanya yang sedang berasap.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian kereta mewah dipercayai berwarna keemasan itu berasap masih tidak dapat dikenalpasti.

Sementara itu, rata-rata netizen mengambil peluang berseloroh dalam ruangan komen dengan bertanya keadaan isteri keduanya, Ira Kazar mengenai insiden tersebut.

“Maaf tergelak tetapi Ira okey tak?

“Sabarlah Sol, dugaan hidup.

“Ira bawa baldi ke tu?” seloroh netizen.

Selain itu, ada juga yang berpendapat kejadian tersebut adalah benar-benar berlaku dan bukannya penggambaran filem seperti yang didakwa ramai.

Pada Januari lalu, ‘populariti’ Ira memuncak apabila Syamsul mengesahkan sudah bernikah dengan anak kepada pelakon Kazar itu di Thailand.

Sehingga hari ini juga, kemelut rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah masih gagal menemui jalan pendamaian.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok