Kang Seung-yoon daftar masuk tentera

Ahli kumpulan WINNER, Kang Seung-yoon sempat mengemas kini media sosial peribadinya dengan berkongsi foto hitam putih memaparkan dirinya yang rambut pendek.

Perkongsian tersebut untuk memberitahu peminatnya bahawa dia sedang dalam persediaan memulakan latihan wajib ketenteraannya.

Seung-yoon akan menjalani latihan asas ketenteraan untuk tempoh masa tertentu sebelum berkhidmat sebagai tentera yang aktif bertugas.

Dalam pada itu, YG Entertainment tampil mendedahkan Seung Yoon ingin mendaftar secara senyap-senyap acara istimewa diadakan pada hari pendaftarannya.

Seung Yoon bukanlah anggota pertama WINNER yang masuk tentera, ahli lain seperti Kim Jin-woo dan Lee Seung hoon telah pun menamatkan perkhidmatan tentera mereka, manakala Song Min-ho masih dalam latihan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok