Jawapan kehilangan Maman Teacher’s Pet

HILANG dari radar. Itu perenggan sesuai menggambarkan status keberadaan penyanyi rock, Maman Teacher’s Pet yang hilang selama 20 tahun dari dunia hiburan.

Dahulunya lebih sinonim dengan gaya rambut panjang, kini Maman tampil dengan imej segar, bersih dan matang untuk kemunculan semulanya.

Kemunculan Maman kali ini disempurnakan dengan buah tangan berupa album penuh khas buat peminat muzik era 1990-an melepaskan kerinduan.

Keberanian penyanyi kumpulan Teacher’s Pet itu dengan album penuh berjudul Aku kerana yakin, industri kini lagu dan muzik berkualiti.

“Kalau dahulu, setiap minggu ada sahaja lagu baharu diluncur di stesen radio, boleh katakan, setiap minggu ‘ribut’ dengan naskah baharu dan cukup saya nanti-nantikan.

DUA puluh tahun menyepikan diri, Maman mengakui kemunculan semulanya menerusi sebuah album berjudul Aku banyak didorong isteri isteri tercinta . – FAUZI BAHARUDIN

“Sekarang kita semakin kekurangan karya bagus dan kebanyakan lagu tersebut pula bukannya datang daripada album.

“Jadi, saya terpanggil untuk menghasilkan sesuatu berkualiti sebab ada ruang di situ,” kata vokalis Teacher’s Pet itu.
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok