Intan Najuwa ‘healing’ cara kayangan

SERONOK tengok percutian mewah pelakon cantik, Intan Najuwa di Dubai bersama rakan-rakannya. Memang feeling habis.

Dalam percutian tersebut, dilihat Intan memang sangat gembira menghabiskan masa dengan rakan-rakan menikmati makanan yang lazat-lazat.

Walaupun Diva tak pernah menjejakkan kaki ke Dubai, dapat juga Diva rasa seperti berada di sana selepas melihat foto-foto yang dikongsikan Intan. Memang cantik!

Bak kata netizen, healing cara orang kaya. Jauh sangat bezanya dengan cara bercuti orang marhaen macam kita.
Tak mengapalah, ada rezeki nanti, nak merasa juga menjejakkan kaki ke Dubai. Cuma kena tunggu poket ‘kembung’, barulah dapat sampai ke sana.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok