Impian pesakit kanser mahu bertemu IVE tercapai

Kumpulan wanita popular, Ive menjadikan impian si cilik penghidap kanser tulang untuk bertemu mereka menjadi nyata.

Beberapa keping foto telah dikongsi dalam laman Instagram rasmi ‘Make-A-Wish Korea,’ yang merakam detik menyentuh hati apabila kumpulan tersebut melawat Yunji, seorang pesakit kanak-kanak berusia 10 tahun.

Meskipun Yunji terpaksa duduk di kerusi roda, dia tetap bersemangat mempamerkan tarian koreografi di hadapan Ive selain sempat berbual dengan anggota kumpulan lain tentang hobi dan aktiviti kegemarannya.

Hasrat Yunji untuk bertemu kumpulan kegemarannya itu menjadi kenyataan sekali gus menyuntik semangat keberanian dalam dirinya untuk terus melawan penyakitnya dengan harapan yang menggunung kembali sihat seperti sedia kala.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok