Hwasa bertuah dapat sokongan Mamamoo

SEMANGAT setia kawan kumpulan Mamamoo dibuktikan melalui sokongan terhadap ahli bongsu mereka iaitu Hwasa dalam penggambaran rancangan Dancing Queens On The Road.

Dalam program tersebut, Hwasa melakukan persembahan secara solo dan mendapat sokongan penuh ahli lain tanpa meninggalkan rakan mereka itu beraksi sendirian.

Biarpun keseluruhan persembahan tidak didedahkan secara terperinci, Mamamoo turut menyertai Hwasa dengan menyampaikan rangkaian lagu popular mereka.

Perkara tersebut dilihat menerusi perkongsian peminat dalam media sosial yang hadir bagi menyaksikan penggambaran rancangan realiti popular itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok