Felix hormat kematian nenek

BAGI sesetengah individu hubungan seorang cucu dengan nenek atau datuk adakalanya mengalahkan hubungan dengan ibu bapa sendiri.

Anggota Stray Kids, Felix yang baru-baru ini kehilangan neneknya mungkin melalui perasaan sama. Bagi menghormati pemergian neneknya, Felix juga memutuskan untuk berkabung dan tudak menghadiri acara ramah mesra bersama peminat.

“Dengan dukacita kami memaklumkan Felix tidak dapat menyertai acara panggilan video esok berjudul Star River kerana kematian neneknya baru-baru ini.

“Pemergian nenek Felix merupakan kehilangan besar bagi ahli Stray Kids dan kami mengucapkan takziah kepadanya,” ujar wakil JYP Entertainment.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok