Eja separuh gila korbankan dunia glamor

PELAKON Eja mengakui separuh jiwanya hilang bahkan hampir ‘gila’ saat mengambil keputusan ‘berehat’ daripada bergelar anak seni.

Jelas Eja, jiwanya diruntun rasa berbelah bagi ketika ingin mengambil keputusan yang besar dalam hidupnya.

“Saya hampir gila sebab berbelah bahagi. Rasa keliru ketika mula-mula ambil keputusan untuk berundur.

“Hati berbolak-balik dengan keputusan yang dibuat untuk berhenti berlakon saat nama berada di puncak populariti,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Siti Shahrizah Saifuddin  akhirnya berlapang dada dan reda dengan keputusan untuk berkorban bukan sahaja demi kebaikan diri, bahkan untuk keluarga terutama anak tunggalnya, Nur Eishal.

“Sama seperti saya. Berkorban demi anak. Selepas melahirkan Nur Eishal pada 2009, saya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan pada keluarga.

“Saya menimang cahaya mata sulung pada usia 37 tahun. Memang agak lewat. Justeru tidak salah jika saya ambil keputusan berat melepaskan kemasyhuran yang sedang dinikmati demi keluarga,” katanya.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok