Blackpink ‘pelaris’ sarung telefon

TERKENAL dengan jolokan The Queens Of Sold Out, kumpulan Blackpink sekali lagi melariskan barangan yang digayakan oleh mereka tanpa disedari.

Selepas konsert di Australia, anggota Blackpink dilihat memakai sarung (casing) telefon bimbit berjenama Maison De Sabre sehingga melonjakkan jualan.

Perkara tersebut didedahkan oleh pihak Maison De Sabre bahawa permintaan sarung telefon bimbit meningkat sebanyak 44 peratus.

Bahkan, peningkatan penjualan lebih ketara dalam media sosial sebanyak 10 kali ganda menerusi Instagram dan 20 kali ganda di TikTok serta Twitter.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok