Tiz Zaqyah ‘semak’ tengok individu obses bergambar

PETALING JAYA – Pelakon Tiz Zaqyah menempelak segelintir individu yang terlalu obses bergambar apabila melancong ke luar negara sehingga menyusahkan orang lain.

Tiz atau nama lengkapnya, Siti Zaqyah binti Abdul Razak bagaimanapun berkata, tidak salah merakam memori di tempat orang namun perlu kena gaya.

“Segelintir orang memang ambil gambar sahaja ke hidup dia? Memang tak boleh melancong (travel) bersama. Setiap sudut nak pose (ambil gambar).

“Tolonglah berhenti sebab tak seronok. Tak salah bergambar tapi kalau sampai menyusahkan orang lain sebab berhenti setiap minit posing, semak tahu,” katanya.

Ujar pelakon drama Liar itu, sekiranya senario terbabit berlaku padanya, dia mengambil pendekatan lari daripada situasi itu.

“Sampai block (halang) jalan orang, kena tunggu dia posing lagi sekali sebab gambar tak lawa dan sebagainya.

“Ada kawan, dia punya bergambar fikir dia sahaja, memang kami tinggalkan je dia terus,” katanya lagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan pelakon Sharifah Rose menasihatkan anak muda supaya tahu beza antara melancong dan mengembara dunia.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok