Gaya ranggi, Puteri Balqis persis Avril Lavigne

SEBELUM ini, Puteri Balqis dikatakan persis seperti pelakon Indonesia, Vanesha Prescilla. Kini lain pula penangannya apabila disamakan pula dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Avril Lavigne.

Persamaan tersebut timbul selepas pelakon itu memuat naik sebuah video TikTok dengan gaya ranggi iaitu persalinan serba hitam.

Majoriti netizen memuji kecantikan remaja berusia 16 tahun itu yang semakin hari semakin jelita.

“Cantiknya Aqish (nama panggila Puteri Balqis) sekarang. Avril Lavigne Malaysia! Memang ada gaya, harap Aqish tak ubah apa-apa pada wajah sebab sudah cantik,” komen segelintir netizen.

Tidak kurang juga yang masih menyangka dia merupakan adik kepada aktor Aedy Ashraf.

Difahamkan video tersebut bagi sebuah projek filem pendek lakonannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok