‘Diana sendiri halau ibunya keluar rumah pada 2019’

Pelakon Farid Kamil berasa musykil apabila isterinya, Diana Danielle kini sudah berbaik semula dengan ibu kandungnya, Norsiah Ramli.

Hal ini kerana dedah Farid, 42, Diana sendiri telah menghalau ibu mentuanya itu dari rumah sejak 2019.

“Sebenarnya sudah lama saya tak dapat hubungi Mama (Norsiah) kerana setahu saya dia sudah dihalau Diana keluar dari rumah kami sejak tahun 2019.

“Tapi tiba-tiba pada tahun 2023 Mama muncul di sini (mahkamah baru-baru ini) bersama Diana, itu benar-benar mengejutkan saya,” katanya Kosmo! Online.

Farid berkata demikian ditanya mengenai hubungannya dengan ibu mentua selepas mendakwa sukar mencari Diana dan anak-anak yang kini tidak lagi tinggal sebumbung dengannya.

Tambah pelakon dan pengarah itu lagi, dia sendiri tidak mengetahui lebih terperinci tentang punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.

“Pada saya Diana perlu jelaskan kepada saya sebab apa dia menghalau Mama keluar dari rumah dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu.

“Bila jadi begini, tiba-tiba Mama muncul, saya pun terkejut kerana saya pula dah lama ‘lost contact’ dengan dia sebab Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya,” ujarnya.

Pada ketika permulaan karier seni Diana, Norsiah merupakan tulang belakang kejayaan anaknya dalam persada hiburan tanah air.

Terdahulu, media melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.

Pelakon filem Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Akberdin, Mahkamah Tinggi Syariah juga mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak (interim) kepada Diana pada 24 Mac lalu.

Katanya, Diana juga membuat permohonan hadanah itu pada 23 Mac lalu.

Pasangan pelakon popular itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok