Bagusnya Zamarul teman, pilih baju raya isteri

SEJAK meledak popular dengan drama Saat Hilang Cintamu, nama Zamarul Hisham ternyata tidak pernah sunyi dalam dunia media sosial.

Ada sahaja gelagatnya yang menjadi perhatian. Terbaharu, fotonya menemani isteri tercinta, Diana Rafar membeli-belah pula menjadi bualan ramai.

Bukan sahaja menemani, dia dilihat turut membantu membuat pilihan pakaian untuk Diana. Bagi segelintir netizen, sikap Zamarul itu satu hal yang harus dipuji.

“Suka suami jenis begini yang sanggup tunggu dan teman isteri.

“Semoga Tuhan murahkan rezeki untuk semua para suami seperti Zamarul. Bukan mudah nak dapat jenis begini,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok