4 bulan Farid tak bagi duit nafkah – Diana Danielle

Memulangkan buah paku keras, pelakon Diana Danielle mendedahkan suaminya Farid Kamil sudah empat bulan tidak membayar nafkah.

Diana, 32, turut memaklumkan, sepanjang perkahwinan sudah menjadi kebiasaan dirinya mengeluarkan wang untuk sebarang urusan.

“Bulan ini dah masuk empat bulan tak bayar nafkah. Urusan ke Mekah, saya bayar untuk semua empat beranak.

“Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik,” katanya.

Dedah Diana secara sinikal, suaminya itu pernah berjanji akan membayar balik perbelanjaan mengerjakan umrah namun sampai ke hari ini, janji tinggal janji.

“Tapi, dia sendiri cakap, dia akan cover (bayar) balik perbelanjaan penerbangan dan hotel (khasnya dia) di Mekah.

“Malangnya, sampai hari ini hanya tinggal kata-kata. Dia boleh beli kereta baharu, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang itu), dan apa-apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.

TANGKAP layar pendedahan Diana menerusi InstaStory.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid yang bakal hadir dengan filem terbaharu berjudul Anwar: The Untold Story enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Usai proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) baru-baru ini, Diana juga, menyebut perkataan ‘tanggungjawab’ adalah alasan mengapa dia nekad untuk bercerai dengan suaminya selain mengatakan bahawa Aurora kini trauma.

Farid dan Diana sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012 di suatu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok