Siapa anda, apabila tiada orang melihat? – Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle seakan-akan memberi bayangan rasa hatinya sekarang apabila mengulang semula petikan kata buku terlaris, No Idea What I’m Doing but F*ck It tulisan Ron Lim.

“Siapa anda, apabila anda tidak ketagih dengan segala rangsangan internet.

“Siapa anda, apabila anda berhenti buat perkara-perkara untuk kepuasan sementara.

“Siapa anda, apabila anda berhenti terlalu mencuba hanya untuk mendapatkan pengesahan (validasi).

“Siapa anda, apabila tiada orang sedang melihat?” demikian antara bait tulisan diulang semula (repost) Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson menerusi Instastory.

NUKILAN petikan ayat ‘makan dalam’ diulang semula Diana Danille dalam Instastory dari sebuah buku terlaris global.

Semalam, berlaku prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Diana dan suaminya, Farid Kamil selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Semalam juga, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shukran Yusof, menasihatkan pasangan selebriti itu untuk berdamai bagi mengislahkan atau memperbaiki keadaan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Peguam Syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan pula memaklumkan, hakim memerintahkan Farid dan Diana melantik wakil masing-masing dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) sebelum menetapkan 30 Mei depan untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok