5 fakta menarik Lee Zii Jia

HARI ini Malaysia menyambut kepulangan wira negara iaitu pemain badminton perseorangan kebangsaan, Lee Zii Jia yang baru sahaja memenangi pingat gangsa di temasya sukan Olimpik Paris 2024.

Kemenangan Zii Jia sememangnya membanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana dia adalah atlet perseorangan badminton ketiga yang berjaya meraih pingat di sukan Olimpik selepas Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Rashid Sidek.

HibGlam menyenaraikan lima fakta menarik mengenai jejaka berusia 26 tahun ini.

Permulaan 

Seawal usia 6 tahun lagi Zii Jia telah didedahkan dengan sukan badminton oleh bapanya yang membawanya ke sebuah kelab badminton.

Sejak itu dia berjaya mengasah bakatnya sehingga layak bermain secara profesional sewaktu berusia 13 tahun.

Zii Jia juga diterima masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Anak jati negeri jelapang padi

Zii Jia merupakan anak jati kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Dia dilahirkan pada 29 Mac 1998 di Alor Setar. Sewaktu kanak-kanak dia belajar di sekolah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, Alor Setar.

Juara All England

Zii Jia merupakan juara kejohanan badminton All England pada 2021. Dia telah berjaya menewaskan pemain dari Denmark,
Victor Axelson yang ketika itu merupakan pemain nombor dua dunia.

Keluar dari BAM

Pada Januari 2022, Zii Jia telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila mengumumkan keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Dia membuat keputusan tersebut kerana tidak tahan dengan tekanan sebagai pemain perseorangan nombor satu negara.

Hairul Azreen

Zii Jia juga merupakan sahabat baik kepada pelakon aksi popular, Hairul Azreen. Dia sering berkunjung ke kediaman aktor itu. Malah, anak-anak Hairul iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah menjadikan Zii Jia sebagai idola mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok