Rahsia wajah tampan, mulus Cha Eun Woo

Putih bak salju dan berkilau bak kristal, itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan kulit wajah selebriti terkenal Korea Selatan, Cha Eun-woo.

Wajah tampan ahli kumpulan ASTRO ini sering menjadi idaman ramai sehingga dia digelar antara selebriti lelaki paling kacak di Korea Selatan.

Jadi tidak hairanlah kenapa dia dilamar menjadi duta kepada jenama kecantikan tersohor antarabangsa.

Seperti orang lain, pelakon drama True Beauty ini juga mempunyai rejim pengjagaan kulit yang tersendiri.

Bermula dengan mencuci muka. Eun-woo akan terus mandi untuk menanggalkan segala noda di tubuh dan wajahnya selepas seharian bekerja.

EUN-WOO menjadi rebutan pelbagai jenama kecantikan ternama.

Menurut Eun-woo, dia tidak akan sesekali mengelap wajahnya dengan tuala sebaliknya terus menyapu penyegar (toner) menggunakan kapas.

Kemudian dia mengoleskan losyen pada wajahnya. Dikatakan cara ini sangat berkesan untuk mengekalkan hidrasi selain melembutkan kulit wajah.

Selepas selesai menyapu losyen, Eun-woo memakai pelembab pula untuk memastikan wajahnya sentiasa kelihatan lembab dan bermaya.

Eun-woo mengakhiri rejim pengjagaan wajahnya dengan menyapu krim pelindung tabir suria untuk memastikan wajahnya terlindung dari pancaran sinaran UV.

Pada sebelah malam pula, dia akan menggantikan krim pelindung tabir suria dengan krim malam agar kulit sentiasa terawat tatkala tidur.

Eun-woo juga kerap menggunakan topeng muka untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa segar dan berseri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok