Rawatan buang bulu tanpa rasa sakit dengan AFT

TAKUT rasa sakit dan alami iritasi selepas bercukur, penggunaan ‘wax’ atau krim yang tidak sesuai dengan kulit untuk membuang bulu ditubuh badan?

Kini tidak lagi dengan kemunculan Advanced Fluorescence Technology (AFT) di STRIP yang berjaya meningkatkan taraf keberkesanan dan juga keselesaan ketika melakukan rawatan penyingkiran bulu.

Penulis berpeluang merasai sendiri pengalaman melakukan rawatan AFT di salah satu cawangannya di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor baru-baru ini.

Memang benar rawatan langsung tidak sakit, selesa dan mengambil masa sekitar 15 minit ke 30 minit bergantung kepada kawasan rawatan.

Sejurus selepas mendaftar masuk, juruterapi yang terlatih akan memulakan rawatan dengan mencukur bulu di kawasan yang dihehendaki pelanggan dan menyapu gel penyejuk pada kulit.

Proses meletakkan gel penyejuk pada kulit.

Kemudian, juruterapi akan menggunakan aplikator kristal unik AFT untuk memancarkan pancaran tenaga pada kulit dalam dos yang tepat dan konsisten untuk mencapai pengurangan rambut yang diinginkan.

Langkah ini dilakukan dalam gerakan bulatan, memberikan sensasi yang menenangkan. Selepas rawatan, juruterapi akan menyapukan Two Lips Ice yang dirumus khas untuk keselesaan yang maksimum.

Bagaimanakah AFT berfungsi? Gelombang tenaga diserap dalam folikel rambut di bawah kulit ketika ia bertukar menjadi haba. Seterusnya, ia melemahkan dan memusnahkan folikel bulur atau rambut.

Hasilnya, rambut yang tidak diingini pada kawasan rawatan gugur secara beransur-ansur dan memperlahankan pertumbuhan semula bulu dengan ketara.

Dengan enam sesi rawatan AFT pada selang masa empat hingga enam minggu, rawatan lengkap mampu mancapai pengurangan rambut sehingga 80% dan mampu bertahan selama dua tahun.

MESIN AFT STRIP versi baharu dilengkapi dengan aplikator kristal 5 sentimeter yang memberi keselesaan dan keberkesanan lebih menyeluruh.

AFT STRIP adalah pilihan terbaik untuk kulit bebas bulu untuk tempoh jangka panjang dan rawatan boleh dilakukan pada hampir semua bahagian badan seperti muka, lengan dan bawah lengan, dada, belakang badan, kaki dan bahagian peribadi (kemaluan). Rawatan AFT adalah cekap, selamat dan selesa.

Inovasi

Berbeza dengan rawatan menggunakan pancaran cahaya atau laser yang lain, AFT merupakan teknologi yang dipatenkan dan diinovasi eksklusif untuk STRIP.

Ia dibentuk khusus mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditentu oleh STRIP.

Berbeza daripada aplikator versi lama yang bersaiz tiga sentimeter, mesin AFT STRIP dilengkapi dengan aplikator kristal 5 sentimeter yang membolehkannya merangkumi kawasan kulit yang lebih luas bagi memastikan keberkesanan yang lebih tinggi.

KEADAAN bilik yang tenang dan selesa buat pelanggan mendapatkan rawatan. 

Aplikator AFT direka untuk memancarkan cahaya secara beransur-ansur, membolehkan ia menyentuh kawasan yang sama berulang kali tanpa menyebabkan sebarang ketidakselesaan pada kulit.

Sistem pemanasan secara beransuran dan pemancaran tenaga melalui beberapa laluan untuk mengumpul dos tenaga yang sesuai bukan sahaja dapat melemahkan folikel rambut/bulu secara drastik tetapi juga telah meningkatkan keselesaan secara keseluruhannya.

Pengalaman ini adalah jauh berbeza daripada mesin lain yang menggunakan sistem pemanasan langsung untuk memberi aliran tenaga yang tajam dengan kemungkinan mengakibatkan kelecuran dan rasa pedih.

Menambahkan keselesaan adalah sistem penyejukan khas dalam mesin yang berfungsi untuk menyerap sisa haba dari permukaan kulit.

Justeru buat mereka yang ingin merasai pengalaman penyingkiran bulu tanpa rasa sakit, STRIP Malaysia kini menawarkan tawaran khas untuk pelanggan yang belum pernah mencuba rawatan AFT untuk tempoh yang terhad iaitu dari sekarang hingga 20 September 2024 di semua cawangannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok