Bazaar Madani hidang menu sihat

BERBAKI kira-kira 10 hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, kemeriahan bufet iftar Ramadan masih diteruskan banyak dan restoran.

Tidak ketinggalan Mercure Living Putrajaya juga menyajikan pelbagai hidangan menarik bufet Ramadan Bazaar Madani di Volcano Shabu Shabu & Grill Restaurant.

Mercure Living Putrajaya membawa kelainan dengan menyajikan lebih daripada 100 jenis sajian selain menampilkan hidangan utama khas yang dimasak menggunakan lima teknik tradisional – panggang, kukus, bakar, rebus dan reneh.

Ini bagi memastikan perjalanan kuliner buat pengunjung menjanjikan hidangan yang bukan saja lazat tetapi berkhasiat.

ANEKA pilihan daging panggan untuk pengunjung berbuka puasa di Volcano Shabu Shabu & Grill Restaurant.

Diilhamkan pemenang Anugerah Chaîne des Rôtisseurs, Chef Zaidi dibantu Chef Zafar, pemenang Pingat Emas Masakan Asli Melayu yang pakar dalam makanan laut, berusaha untuk memastikan warisan masakan Malaysia mengikut cita rasa anda.

Antara juadah yang menjadi tarikan utama bagi promosi berbuka puasa yang akan berlangsung bermula 12 Mac hingga 8 April ini adalah gerai durian, daging itik panggang dan lidah daging panggang dalam sos asam jawa.

Pencinta daging pasti gembira dengan kenikmatan rasa shawarma ayam yang lazat dan Salai Lemak Mek Tiqah yang terkenal menampilkan tiga jenis daging salai dan panggang iaitu itik, daging lembu serta ikan keli.

Selain itu, nikmati juga juadah Sup Utara Pak Haji Balik Hari dan Sup Lutut Merah Singapore yang kaya serta berperisa.

Jangan ketinggalan menyelami hidangan istimewa ke dalam Isi Tulang Rusuk BBQ yang direbus perlahan.

BUAT penggemar hidangan laut segar. 

Selain menu tempatan, Bazaar Madani turut menyediakan hidangan antarabangsa dari Churros Didi yang terkenal hinggalah makanan jalanan asli Indonesia Warong Pak Acap Supir.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh menikmati periuk panas Jepun khas yang disediakan iaitu Shabu Shabu.

Dengan stesen pasta, dim sum dan banyak lagi, Bazaar Madani di Mercure Living Putrajaya ini memenuhi setiap selera, semuanya di bawah satu bumbung.

Menariknya, pengunjung juga dialunkan dengan lagu nasyid dan zikir oleh penyanyi antaranya, Afad Raihan, Azzam Shah dan Hijjaz.

Aneka kuih Melayu dan moden disediakan buat pengunjung.

Menambahkan suasana rohani, Afad Raihan juga akan mengetuai bacaan al-Quran yang indah diikuti dengan laungan azan. Pengunjung juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawih di sini.

Buat mereka yang berada di Putrajaya dan kawasan sekitar bolehlah berkunjung ke sini untuk berbuka. Harga untuk dewasa adalah RM148 dan RM98 bagi setiap kanak-kanak (6 hingga 12 tahun).

Selain itu, sepanjang Ramadan, tawaran Madani Staycation tersedia hanya dengan harga RM450+ dan termasuk apartment dengan bilik tidur, sarapan pagi dan bufet untuk dua (2) orang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok