Asal usul Monte Kali bermula pada 1976, apabila garam potash mula diekstrak dari lombong sekitar bandar Hessen.
Pada masa itu, potash digunakan untuk membuat produk seperti sabun dan kaca, tetapi hari ini ia merupakan bahan penting untuk baja, getah sintetik dan juga beberapa ubat.
Oleh itu, pengekstrakan dipergiatkan sejak beberapa dekad yang lalu.
Masalah dengan potash ialah perlombongan tersebut menghasilkan banyak natrium klorida sebagai hasil sampingan, maka memerlukan tempat untuk menyimpannya.
Syarikat yang mengendalikan lombong itu membuang semua garam ini beberapa kilometer dari Herringen dan setelah bertahun-tahun ia mencipta gunung garam gergasi bernama Monte Kali atau Kalimanjaro.
Pada tahun 2017, Monte Kali berada pada ketinggian 530 meter (1,740 kaki) di atas paras laut dan meliputi kawasan seluas lebih 100 hektar.
Orang ramai boleh melihatnya dari mana-mana sahaja di Herringen atau memandu melepasinya di lebuh raya dan gunung garam itu juga telah menjadi tarikan pelancong.
Malah, orang ramai boleh membayar untuk menaiki tempat pembuangan garam gergasi ini sebagai sebahagian daripada lawatan berpandu.
Pendakian mengambil masa kira-kira 15 minit dan dataran tinggi seluas 23 hektar menawarkan pemandangan seluruh Lembah Werra sehingga ke Rhön dan Hutan Thuringian.
Dianggarkan jumlah garam di Monte Kali adalah kira-kira 236 juta tan
Gunung garam itu meliputi kawasan seluas 114 padang bola dan seberat 23,600 Menara Eiffel.
lebih 1,000 tan garam meja dibuang di situ setiap jam sehari dan kira-kira 7.2 juta tan setahun sehingga menjadikan menjadi semakin besar.
Gunung garam di tengah-tengah Jerman ini berhampiran dengan hutan dan Sungai Werra yang menimbulkan beberapa persoalan alam sekitar.
Penyelidikan telah mendapati bahawa timbunan garam yang semakin meningkat yang juga menghasilkan banyak air garam telah menyebabkan Sungai Werra menjadi masin, begitu juga dengan air bawah tanah di kawasan itu.
Daripada 60 hingga 100 spesies invertebrata yang menghuni kawasan sekitar Herringen, kini hanya tiga yang masih kekal di situ.
Perkara di atas boleh digambarkan sebagai bencana alam sekitar, tetapi industri potash sangat besar di rantau ini. Ia menyumbang beberapa ribu pekerjaan, jadi menutup pengeluaran bukanlah satu pilihan untuk pihak berkuasa.
Kali und Salz (K+S), syarikat yang mengendalikan lombong itu telah dilanjutkan lesennya sehingga 2060, malah permintaannya untuk mengembangkan Monte Kali seluas 25 hektar diluluskan pada 2020.
Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana K+S membuang lebih 1,000 tan natrium klorida ke Monte Kali setiap jam, mereka melakukannya dengan conveyor belt penghantar sepanjang 1.5 km.- RELEVAN