SELEPAS lima tahun beroperasi menerusi tujuh cawangan sekitar Lembah Klang, ST Rosyam Mart menawarkan baucar tunai bernilai RM100,00 kepada pelanggan bertuah.
Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor berkata, ganjaran berbentuk baucar pembelian itu sebagai tanda penghargaan sokongan ramai terhadap dirinya dan gedung tersebut.
“Tawaran hanya memerlukan pelanggan menjadi ahli di aplikasi ST Card dan kemudian berbelanja di pasar raya ini dengan nilai minimum RM200 sebulan.
“Itu saja, namun diingatkan, pembelian barang-barang subsidi kerajaan seperti beras, minyak masak dan seangkatan dengannya tidak diterima,” kata pengarah dan penerbit itu dalam kenyataan media.
Menurut usahawan selebriti itu lagi, Peraduan Beli & Menang Baucar Hadiah RM100,000 berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober sehingga Disember depan.
“Hadiah baucar tunai yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pemenang utama selain penerima sagu hati pada setiap bulan.
“Pihak ST Rosyam Mart mengalu-alukan penyertaan orang ramai terutama pelanggan setia kami yang selama ini memberikan sokongan padu.
“Ini peluang mereka untuk merebut tawaran menangi baucar tunai yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000, seterusnya jimat berbelanja,” katanya.
Bagi menyemak senarai lokasi premis cawangan, sila layari laman sesawang www.sriternak.com atau ikuti laman sosial rasmi mereka di semua platform sedia ada.
Senarai nama pelanggan yang telah dipilih sebagai pemenang bulanan pula akan diumumkan dalam media sosial rasmi pasara raya itu. – HIBGLAM