Cassandra Yap, Ashlyn Ooi Miss pemenang Miss International Malaysia 2024

BUAT julung kalinya, dua peserta telah dinobatkan sebagai ratu Miss International Malaysia 2024, iaitu Cassandra Yap dan Ashlyn Ooi.

Mengikuti rapat dibelakang dua ratu itu adalah, Kimberly Vung, Christina Lee dan Aaliyah Wunsch yang mendapat gelaran naib juara pertama, kedua dan ketiga.

Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) dan dipersembahkan oleh SunStrong Entertainment itu bukan sahaja bertujuan meraikan meraikan kecantikan, tetapi juga kecerdasan, bakat dan keanggunan wanita Malaysia.

Bahkan acara tersebut, turut memupuk semangat yang diperkasakan oleh wanita tempatan, kepelbagaian budaya negara dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian secara tidak langsung membawa aspirasi Malaysia ke pentas global.

Pihak penganjur Miss International Malaysia percaya bahawa setiap peserta adalah ratu kerana mereka telah menunjukkan dedikasi merealisasikan impian masing-masing.

Acara kemuncak Miss International Malaysia 2024 telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Oktober lalu.

Menurut Presiden dan Pengarah Kebangsaan PPASM, Jawed Khan berkata, kelainan pertandingan kali ini adalah penyertaan peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang.

“Penyertaan peserta yang datang daripada latar belakang yang berbeza benar-benar mewujudkan keunikan selain sebagai suara pelbagai tradisi, masyarakat dan kepercayaan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Miss International Malaysia, Jenny Ngu berharap penganjuran acara ini akan mendapat sokongan semua pihak dan dianjurkan secara berterusan pada masa depan.

“Berikan sokongan, kongsi cerita anda dan sertai kami dalam misi kami untuk menjadikan Miss International Malaysia lebih berkesan.

“Sama ada anda bakal peserta, penaja atau penyokong, kami amat menantikan penyertaan anda dalam membentuk naratif keindahan, kekuatan dan kepentingan budaya Malaysia,” tuturnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok