Baru 2 tahun, anak Ernie, Syamel dah pandai main piano

SEBELUM ini, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel pernah tular kerana mendendangkan lagu kanak-kanak Baby Shark dalam versi sendiri untuk anak mereka, Nur Khawla Soleha.

Terbaharu, pasangan popular itu sekali lagi menggeletek hati netizen apabila meminta anak perempuan mereka yang baru berusia dua tahun bermain piano.

Menerusi satu video TikTok, Ernie yang berdiri di sebelah Syamel hanya memerhati dan memberi galakan kepada Khawla.

“Kami tak memaksa anak untuk suka apa yang kami suka,” seloroh Syamel dalam ruangan kapsyen.

Gurauan tersebut berterusan apabila ada netizen menyamakan gelagat Syamel saling tidak tumpah seperti bapa dalam drama Korea Selatan yang memaksa anak-anak membesar mengikut keinginan mereka.

“Ini sudah seperti drama The Penthouse, Bae Ro-na dalam pembikinan. Geramnya dengan muka Syamel tetapi Khawla memang berpotensi besar jadi anak seni satu hari nanti,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok