Tertekan dengan masalah kewangan? Ikuti 3 langkah mudah ini

WANG boleh menjadi punca kita tertekan dalam hidup. Kajian dan penyelidikan juga berulang kali menunjukkan bahawa ia adalah salah satu sebab yang paling kerap disebut sebagai punca tekanan dan kebimbangan.

Bagaimanapun, ada caranya untuk mengurangkan tekanan kewangan. Sama sahaja seperti kita mengalami tekanan dalam kehidupan.

Kita akan cari apa sahaja cara untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan. Perkara yang sama juga perlu dilakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan tekanan kewangan.

Berikut  petua menghilangkan tekanan akibat kewangan.

  1. Kenal pasti punca menyebabkan tekanan kewangan dan atasinya

Kadangkala tekanan wang ini datang entah dari mana dan secara tiba-tiba. Mungkin juga anda tertekan kerana baru sahaja membuat perbelanjaan wang yang besar di luar jangkaan atau terlebih berbelanja sehingga lari bajet.

Beriadah dapat mengalih perhatian apabila ditimpa masalah. – GAMBAR HIASAN PHILIP ACKERMANN/PEXELS

Tidak kira bagaimana kebimbangan kewangan muncul dalam hidup tetapi penting untuk anda mewujudkan amalan pengurusan tekanan yang sesuai. Mungkin anda boleh cuba lakukan brisk walk, meditasi atau apa-apa sahaja yang tidak menggunakan wang.

  1. Terima apa yang terjadi dan teliti semula

Ramai orang tidak diajar cara berurusan dengan wang apatah lagi terkesan dengan pelbagai emosi. Selain itu, tekanan berkaitan wang juga boleh membuat anda terasa terasing atau kesunyian. Hal ini kerana kebanyakan orang yang mengalami masalah kewangan berasa seakan-akan hanya mereka sahaja yang mengalaminya.

Namun, ia tidak benar. Tanyalah mana-mana pakar kewangan atau jutawan sekalipun, setiap orang mempunyai rantaian masalah berkaitan wang.

Sekarang, tindakan anda seterusnya bergantung kepada situasi. Katakan, anda sudah meneliti semula apakah yang menyebabkan anda tertekan dan ternyata ia berpunca daripada terlebih berbelanja.

Catat perbelanjaan untuk mengetahui aliran duit keluar setiap bulan. – GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

Jadi, tindakan sewajarnya mungkin perlu merekodkan setiap aliran wang yang keluar dan masuk. Dengan cara ini, anda akan tahu ke mana dan apa punca wang selalu habis sebelum hujung bulan. Anda juga akan lebih berhati-hati dalam berbelanja agar tidak melebihi bajet.

  1. Jangan takut untuk minta tolong

Walaupun ia masalah kewangan peribadi anda sendiri, tetapi tidak bermakna segalanya perlu dihadapi seorang diri.

Memang hakikatnya sukar untuk bercakap tentang masalah kewangan kepada sesiapa mungkin kerana malu atau tidak mahu membebankan orang lain.

Tetapi, sebenarnya ada sahaja orang yang boleh bantu pada saat anda terperangkap dalam situasi sukar sebegini.

Jangan pendam seorang diri sekiranya berdepan masalah kewangan, dapatkan nasihat dan pandangan keluarga atau pakar kewangan. – GAMBAR HIASAN LIZA SUMMER/PEXELS

Jika mempunyai rakan atau keluarga yang dipercayai, mungkin anda boleh meluahkan masalah kepada mereka. Pastinya mereka akan memberi sokongan moral atau bantuan kewangan.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat daripada pakar kewangan. Sama seperti anda memanggil jurulatih peribadi atau pakar pemakanan untuk membantu mencapai matlamat kesihatan tubuh badan.

Pakar kewangan akan memberi nasihat dan cara mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh anda.- SUMBER  RELEVAN

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok