Awas! 4 makanan ini punca pening kepala

PENING kepala pernah dialami hampir semua orang, tetapi penyebabnya masih misteri kerana boleh berlaku secara tiba-tiba terutama jika berada dalam keadaan tertekan.

Ada juga yang mengalami pening disebabkan makanan tertentu, cuaca yang terlalu panas atau sejuk dan juga faktor-faktor lain kerana penyebabnya berbeza bagi setiap orang.

Sudah pasti kepala yang pening akan menyebabkan kita sukar menguruskan kehidupan harian sehingga  terpaksa makan ubat atau tidur bagi meredakan kesakitan itu.

Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pening adalah keadaan yang mana kita berasa dunia sedang bergerak mengelilingi kita.

“Ramai pakar perubatan berpendapat sakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga dan juga jangkitan kuman sehingga berlaku keradangan telinga serta serangan migrain.

“Selain itu, dalam kes-kes yang jarang berlaku, pening kepala adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.

“Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) turut menyebabkan pening.
“Malah, makanan tertentu juga boleh mencetuskan rasa pening bagi segelintir individu,” kongsi beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Berikut adalah empat punca daripada gaya pemakanan boleh menyebabkan berlakukan pening kepala yang disenaraikan Dr. Zubaidi:

Makanan masin

Garam berlebihan boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan. – Foto Studio Crevettes (Unsplash)

Garam yang banyak dalam makanan seperti dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej dan keju boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.

Gula berlebihan

Gula boleh mengundang pelbagai penyakit. – Foto Fafan Raufi (Unsplash)

Sebenarnya gula berlebihan di dalam makanan dan minuman yang dijual secara komersial sangat tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.

Periksa kandungan gula terlebih dahulu, buat keputusan bijak demi kesihatan tubuh badan kita.

Makanan yang mencetuskan migrain 

Sosej mengandungi nitrit iaitu pengawet yang boleh mencetuskan migrain. Foto Pexels

Bagi individu yang mengalami migrain, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migrain juga boleh membuatkan mereka berasa pening.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok