Tiada bukti, jangan tuduh ibu Aqish hisap dadah

MINGGU lalu pelakon Puteri Balqis berkongsi tentang keadaan kesihatan mental ibunya yang terkesan akibat komen netizen dalam media sosial.

Komen yang mengaitkan ibunya terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang dikatakan telah mengakibatkan campur tangan pihak berkuasa.

Tentu saja sebagai anak perkara itu memberikan kesan buruk kepada emosi lebih-lebih lagi Balqis masih berusia 17 tahun.

Dalam pada bersimpati dengan nasib pelakon remaja itu, netizen turut meminta individu yang meninggalkan komen tanpa bukti perlu dihadapkan dengan tindakan undang-undang.

Tindakan itu juga boleh dianggap sebagai jenayah buli siber kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada mangsa.

Bukan itu saja, pendidikan terhadap penggunaan dan implikasi daripada penggunaan media sosial kepada golongan belia terutama pelajar di bangku sekolah harus diperhalusi.

Perkara itu penting bagi mewujudkan kesedaran peringkat awal agar aktiviti buli siber tidak menjadi semakin parah sehingga mengakibatkan insiden yang tidak diingini. 

Diva: Semoga hasrat pelakon Amar Baharin yang ingin berbasikal ke Tanah Suci tahun depan berjaya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok