BIARPUN sudah setahun bercerai, khalayak masih ambil tahu tentang perkembangan status pelakon Hafidz Roshdi dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Tambahan pula, Hafidz sudah mendirikan rumah tangga dengan Athira Yuhada, manakala Shuhada pula kini menetap di Australia.
Bukan itu saja, perbicaraan berhubung pertuduhan Hafidz yang didakwa mencederakan bekas isterinya itu masih belum menemui noktah.
Mungkin disebabkan itu kisah mereka terus mendapat perhatian ramai termasuk dakwaan Shuhada bahawa Hafidz tidak memperdulikan dua anak mereka yang kini berada di bawah jagaannya.
Kata Shuhada dalam satu video TikTok, anaknya iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3, tidak bertanya tentang bapa mereka setelah berpindah ke luar negara.
Anak-anak Shu semua cerdik, mereka tidak bertanya tentang ayah mereka. Ayah mereka pun tidak bertanya tentang mereka,” katanya.
Tentu sahaja kenyataan itu menarik perhatian khalayak sekali gus menimbulkan tanda tanya tentang hubungan Hafidz dengan dua anaknya lebih-lebih lagi apabila berjauhan. Untuk Shuhada, sudah-sudahlah. Anak-anak masih kecil, jangan pergaduhan ibu bapa jadi racun dalam minda anak-anak. Ingat, perkongsian hari ini akan jadi rujukan hari esok.
Kalau Shu memang nak anak-anak membesar dalam dendam terhadap bapa sendiri, teruskan. Benda boleh bincang baik-baik, apa yang tak perlu dicanang simpan dahulu sebagai bukti kemudian hari.
Diva: Syukur Fattah Amin dan Fazura capai kata sepakat soal penjagaan anak mereka.