Lepas Rossa, peminat nak filem biografi Siti Nurhaliza pula

KETIKA ramai memperkatakan tentang filem dokumentari Datuk Seri Rossa iaitu All Access to Rossa: 25 Shining Years, nama Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menjadi sebutan.

Bukan kerana cerita kurang nak tetapi para peminatnya pula mahu penerbit dan pengarah filem tanah air menghasilkan filem biografi tentang Siti.

Kata mereka, Siti seperti satu aset negara dan berbaloi untuk mendokumentasikan setiap perjalanannya sebagai anak seni serta ditayangkan di pawagam tanah air.

Diva pun setuju dengan cadangan tersebut. Ketika individu itu masih bernyawa dan sihat, ada baiknya dokumentasikan tentang kehidupannya.

Pasti ramai yang akan hadir menonton dan dapat sambutan hebat. 

Harap impian peminat nak menonton filem biografi Siti dalam tempoh terdekat dapat direalisasikan ya.

DIVA: Miang keladi betul segelintir peminat wanita terhadap Fattah Amin sekarang, malu sikit boleh tak?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok