PEMPENGARUH popular yang juga merupakan adik kepada selebriti sensasi, Neelofa sekali lagi menarik perhatian khalayak.
Jika sebelum percutiannya di Bali, Indonesia rancak diperkatakan, kini perut Ameera pula yang dijadikan bahan cerita.
Gara-gara memuat naik gambar menampakkan bahagian perut, Ameera dikatakan sengaja ingin menarik perhatian khalayak terutama dalam media sosial.
Ada juga yang mendakwa Ameera sengaja berbuat demikian bagi meningkatkan jumlah interaksi (engagement) media sosial.
Mana tidaknya, jika ramai netizen yang mengeluarkan hujah masing-masing di ruangan komen perkongsian itu, maka mencanak jumlah interaksi diterima.
Tidak kurang juga yang menasihati pempengaruh cantik itu agar menghormati kakak dan abang iparnya iaitu Haris Ismail yang banyak berkongsikan tentang pengajian agama Islam.
Walau apa pun, ingatlah bait kata lagu kumpulan Raihan: “Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.”
Daripada sibuk bercakap buruk, baik mendoakan yang terbaik agar perkara tidak berulang.
Diva: Tidak sabar rasanya hendak menonton filem Keluang Man, bergaya sungguh kostum hasil anak Malaysia.