Nak tengok Mario Mariona Bros versi islamik

KEAKRABAN pelakon Noorkhiriah dengan Ieda Moin memang tidak dapat dinafikan, apatah lagi mereka sendiri sudah bersahabat lebih 20 tahun. 

Tempoh tersebut pastinya membuatkan mereka saling kenal hati budi masing-masing dan senang bekerjasama.

Hubungan erat mereka jelas terpancar ketika kedua-dua membuat siaran langsung di TikTok. Ieda menegur gaya pemakaian tudung Noorkhiriah yang agak kebelakang sehingga memperlihatkan sebahagian besar dahinya.

Gelagat mereka itu mencuit hati pengguna media sosial sehingga ada yang menginginkan mereka untuk kembali muncul dengan naskhah popular sebelum ini iaitu Mario Mariona Bros. 

Filem komedi itu memperlihatkan Ieda dan rakannya Joey (lakonan Joey Daud) membantu untuk mengubah imej rakan mereka Noor. 

Diterbitkan pada 2009, peminat mengharapkan agar mereka dapat kembali muncul dengan naskhah sama, namun bertemakan Islamik. 

Konsep tersebut bersesuaian dengan penampilan kedua-dua mereka yang kini sudah berhijab. 

Memandangkan industri kita juga agak kurang ‘rancak’ menghasilkan karya berlatarbelakangkan kerohanian. Jadi mungkin sesuai digabungkan elemen komedi dan Islamik. 

Diva: Sedih dengar ucapan Datuk Afdlin Shauki mengenangkan Allahyarham Adibah Noor dalam filem terakhirnya iaitu Baik Punya Ah Long yang akan ditayangkan 12 September nanti.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok