Fiffy, Niezam betul ke bercinta?

MINGGU lalu sempatlah gosip cinta Fiffy Azmi dan Niezam Zaidi panas sebentar sebelum dicantas dengan cerita perceraian Fazura.

Diva dapat tahu khabar angin tentang mereka pun menerusi video TikTok yang tular. 

Nampak mesra seperti ada hubungan istimewa tetapi yang geramnya, mereka langsung tak menjawab pertanyaan rakan media.

Alangkah mudah kalau berkongsi status, sama ada benar-benar bercinta, kawan rapat atau gimik drama.

Tetapi mengenali Fiffy, jika berkongsi video sebegitu, selalunya memang ada sesuatu yang istimewa.

Kalau boleh jawablah tentang status, tidak kiralah Fiffy atau Niezam. Jangan biarkan tergantung sepi pula.

DIVA: Belum apa-apa, Riena Diana teruk dikecam apabila diumumkan sebagai hos Anugerah Bintang Popular ke-36 nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok