Ameera Khan belanja lurah lagi

SEMAKIN hari semakin berani. Itu sudah cukup untuk menggambarkan foto yang dimuat naik Ameera Khan baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Ameera dilihat memakai dres labuh tetapi terdedah pada bahagian dada sehingga menampakkan lurah dendamnya.

Terkejut juga Diva sebab tidak menyangka Ameera berani memakai busana sebegitu dan berkongsi foto seksinya dalam media sosial untuk tatapan umum.

Barangkali dia juga sudah mendapatkan pandangan daripada keluarga. Iyalah, apabila ada perkara sebegitu, pastinya nama kakaknya, Neelofa juga akan terpalit.

Mungkin ini fasa Ameera mahu mencuba macam-macam benda. Kita doa yang baik-baik sahaja, janganlah tahu nak kecam sahaja!

DIVA: Suka lihat beberapa artis Indonesia yang berkebaya ketika hadir ke acara hiburan di luar negara. Artis Malaysia pula sebaliknya sibuk melaram busana tak cukup kain.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok