Aduh! Lapar tengok Ismail Izzani masak

LAMA betul Diva tak mendengar cerita tentang penyanyi kegilaan ramai gadis, Ismail Izzani.

Namanya agak tenggelam timbul. Selalunya akan muncul apabila ada kontroversi yang dicetuskannya.

Namun, baru-baru ini namanya muncul kembali dalam media sosial selepas Ismail memuat naik video sedang memasak.

Bagi Diva nampak biasa sahaja video tersebut tetapi lain pula yang membanjiri ruangan komen apabila ada peminat berasa lapar melihat masakan Ismail.

“Awak masak apa itu? Rasa lapar pula.

“Nak menari atau memasak tapi nampak sedap daging yang Ismail masak,” usik netizen.

Paling lucu, selain gelagatnya memasak sambil menari, foto wanita pada telefon bimbit dalam video tersebut pula curi perhatian netizen.

Ada yang mula bertanya siapa wanita tersebut. Diva rasa, mungkin itu milik adik-beradik Ismail, kalau boleh tak mahulah buat spekulasi sendiri. 

Luculah netizen zaman sekarang, sudah seperti ejen penyiasat dan lebih laju!

DIVA: Semakin hari semakin banyak cerita kurang enak muncul tentang rumah tangga Fazura dan Fattah

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok