Peminat Indonesia ‘berkampung’, cari rezeki di IG Ain Edruce

PADA 4 Ogos lalu, pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 bersama suami dan anak tercinta.

Seronok tengok Ain sekeluarga bercuti di Koh Samui, Thailand  meraikan hari istimewanya itu. 

Berkongsi momen indah bersama peminat, Ain memuat naik beberapa gambar bersama ucapan ulang tahun dalam Instagram sebagai kenang-kenangan. 

Perkongsian itu lantas membuatkan dia dihujani ucapan dan doa daripada rakan artis dan peminat. 

Apa yang menarik perhatian apabila ada antara komen tersebut bertanyakan tentang apa cara untuk menurunkan berat badan, dipercayai ditulis netizen Indonesia.  

Melihat kepada bebenang komen, ibu anak satu itu tidak memberikan sebarang respons. 

Sebaliknya terdapat beberapa pengguna lain dipercayai juga dari Indonesia saling berbalas komen bagi mempromosikan produk kurus sesama mereka. Kelakarlah.

Mungkin Ain boleh menggunakan kesempatan ini untuk melebarkan sayap di Indonesia lebih-lebih lagi apabila dia menjadi ‘sasaran’ kelompok peniaga dari negara Seberang. 

DIVA: Semoga usaha Aliff Aziz yang kembali menyertai kumpulan tabligh membawa sinar baharu buat dirinya. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok