Marissa hamil? Netizen risaukan Umisya Mazlan

KHABAR angin tentang Marissa Dania hamil bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu.

Sehingga kini dia dan suami, Aslam tetap mengunci mulut mengenai hal tersebut walaupun diasak serta dikejar pihak media untuk mendapat kepastian baru-baru ini.

Diva sangka netizen akan teruja mengenai khabar angin kehamilan tersebut tetapi lain pula yang disuarakan mereka.

Memang ada ucapan tahniah, namun dalam masa sama, segelintir netizen lebih simpati terhadap isteri pertama Aslam iaitu Umisya. 

Kata mereka, Aslam dan Marissa tak perlu kongsi cerita mengenai kehamilan kerana risau emosi Umisya terganggu.

Pelik juga Diva baca komen tersebut sebab tak perlulah sampai melarang mereka nak kongsi berita gembira. 

Scroll punya scroll, rupa-rupanya ada yang mendakwa Umisya juga sedang hamil anak ketiga cuma tidak pasti kesahihannya.

Amboi Aslam, takkanlah dua isteri hamil serentak tetapi kalau benar, tahniah dua kali ganda Diva berikan. Cuma, Diva harap netizen janganlah jadi batu api untuk melaga-lagakan hubungan Umisya dan Marissa.

Mungkin mereka baik-baik sahaja tetapi disebabkan komen sebegitu, hubungan pun berantakan.

DIVA: Ramai komen TikTok Awards 2024 baru-baru ini tidak sehebat tahun lepas. Adakah sebab pemenang?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok