Bersemuka kan senang, tak perlu bergaduh di media sosial

MINGGU ini, selain lambakan cerita kehamilan Intan Najuwa, Diva dihidangkan dengan drama pergaduhan Shuib, Mamat dan Jepp.

Ingatkan sudah berdamai dan lenyap isu tentang mereka, rupa-rupanya masih belum tamat. Saling berbalah pula dalam media sosial.

Punca isu ini kembali berbangkit apabila Shuib mula mengimbau memori ketika awal pertemuan sehingga wujudnya kumpulan Sepah dan perkara itu tidak disenangi Jepp kerana katanya ada bahagian yang ditokok tambah.

Makin pening Diva dengan konflik antara mereka, sudah seperti budak-budak sekolah bergaduh! 

Kalau boleh, tak perlulah nak bergaduh dalam media sosial. Hubungi terus dan beri peringatan agar tidak sebut apa-apa tentang isu kumpulan Sepah dalam media sosial.

Iyalah, kalau sudah masuk media sosial, ditambah pula ada netizen batu api, makin merepek jadinya.

Sudah-sudahlah ya bergaduh. Semakin berbalah, semakin banyak aib lain terlondeh. 

DIVA: Kerajaan tolong pantau lambakan podcast, semakin merepek!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok