Artis, pempengaruh ‘mangsa’ AI

KEMAJUAN teknologi kecerdasan buatan (AI) banyak membantu dalam meningkatkan daya kreativiti terutama dalam pembikinan video. 

Namun, dalam pada memberi kebaikan, kemudahan AI itu turut mendatangkan kemudaratan kepada khalayak sehingga mampu mengundang fitnah. 

Kesannya seperti yang menimpa barisan artis termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi mangsa scammer apabila video memaparkan dirinya disunting pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih keuntungan. 

Bukan terjadi kepada ibu dua anak itu sahaja, artis lain seperti Datuk Aaron Aziz, Datin Lisa Surihani, Zizan Razak dan beberapa selebriti lagi turut menjadi mangsa teknologi masa depan tersebut. 

Tidak terkecuali, pempengaruh Khairul Aming yang turut menjadi mangsa teknologi AI. Dia menasihati pengguna media sosial agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah scammer sebaliknya, periksa terlebih dahulu kesahihan sesebuah konten atau video. 

Diva: Nedim Nazri sudah tuju lagu buat Nora Danish, agaknya lagu apa pula yang Nora akan balas.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok